Saturday, September 3, 2011

SeLaMaT HaRi RaYa AidiLFitRi

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua umat islam di Malaysia yang mengenali saya atau yang tidak mengenali saya (buat2 kenal jela eak) ngeh ngeh ngeh...

Pejam celik, pejam celik dah sebulan kita berpuasa dan syawal pun telah menjelma.
so, raya tahun ni kiteorg 1 family sambut dengan penuh sederhana sahaja memandangkan keadaan kerja aku tidak menentu. staff x cukup,jadi kena selalu pantau n turun back up di kedai.
InsyaAllah bila keadaan dah stabil,staff dah cukup,kepala tak pening, kami akan sambut raya di rumah baru tahun hadapan dengan kemeriahan yang lebih sikit berbanding tahun ini. InsyaAllah...

Now nak story sikit pasal raya pertama kami. tahun ni kami beraya di kelana jaya ajer.
woit..woit..jangan kutuk2 k. kelana jaya pun kampung jgk ye.
Pagi raya kami berkumpul di rumah mama. Seronok melihat 2 putera kami sedondon dengan kami laki bini.
(padahal alif dgn adam sedondon dgn papa dier je.mama dah lari tajuk dah baju dia.hahahaha)

Dirumah mama kami sekeluarga bermaaf maafan dan bersalam salaman.
Happy bila tgk family dah membesar dan berkumpul bersama sama.
Macam macam kerenah dah ragam boleh lihat.
Lepas bersalaman,bermaafan dan makan2, kami semua ke studio gambar dahulu untuk shoot gambar 1 family.
Al kisah di studio ni pun mcm2 ragam bdk2 kecik ni buat.
Ada yang berlari sana sini, cuit sana sini..Tapi paling best bila nak shoot gambar mcm2 ragam sampai kene upah gula2 baru boleh duduk diam.
Apa la rupenya bila tangkap gambar dan ada yang pegang lolipop..

Lepas tangkap gambar family besar,kami tangkap gambar family masing2 plak.
Time ni adam dah tak reti duduk diam dah sbb dah time tido dia dah.
Mcm mane la gambar kami 1 family nanti la kan.
Gambar papa,alif ngan adam tu dah cantik dah punya nanti, cuma mama je la merosakkan pemandangan
(bluwekkkk mama)

Selesai di studio,kami terus ke rumah atok di klang.
Time kat umah atok ni alif dgn adam duduk dlm kete je coz masing2 dah lena dah.
Kalau kejutkan nanti takut mengamuk je masing2.
So, mereka berdua tinggal dgn bibik je la dlm kete.
Lepas beraya dirumah atok, kami ke banting plak.
angah n alang x follow ke banting coz masing2 kene beraya ketempat lain. So, aku bawak mama n irin je.
On da way ke banting ni, mata aku dah betul2 berat gila coz tak tido b4 raya tu.
Ni sbb nak kena shut down kedai mlm raya ari tu ler. Sampai kul 6 pagi baru dpt settle tutup.
TApi xpela, dah kate keje sendiri. kalau keje gomen sure happy punyeee...

Sesampai nya kami dirumah atok uda, lepas makan je aku terus cari port untuk tido jap.
Kebetulan plak adam pun nak tdo, so alasan aku adalah untuk nak tidokan adam. hehehehhe good kan aku ni.
Adala dekat sejam lebih aku dapat tido pun jadila. dapat cover tuk drive balik plak.
Dekat2 kul 6 ptg kami semua gerak balik n sampai umah dkt2 kul 8.
Lepas mandi pekena rendang ayam yang wife aku masak. wooowwwww sedapppnyerrr
(kembangla tu..kembangla tu...)
Lepas mkn ingat nak tgk rancangan di tv tapi kuasa magnet dari katil telah menarikku ke sana.
Akhirnya aku masuk tido gak.
Kul 4 pagi tu kena bangun balik untuk pegi bukak kedai balik.
Bila kedai dah buka balik, susahler nak berjalan raya.
huhuhuhuhu..

So,Untuk entry EDISI RAYA cukup lah sampai sini aje.
dah 3 4 entry aku ni xde gambar. Mcm x besh je tgk bila xde gambarkan.
aku try next entry untuk masukkan gambar ye.

No comments:

Post a Comment