Tuesday, September 13, 2011

Kembali bangkit dan lebih usaha..

Alhamdulillah minggu lepas dapat khabar baik iaitu "job baru"
Aku diberi peluang ke-2 oleh seseorang untuk menjalankan satu job.
Walaupun kali pertama kami gagal "perform", tetapi beliau masih mempercayai aku boleh melakukannya.
Kali ini aku telah mencari partner team yang aku yakin betul2 strong untuk menjalankan tugas ini.
Bukan sengaja untuk mengetepikan kawan2 yang lain,tetapi untuk peluang ke-2 yang telah diberikan kpd aku,ianya memerlukan team yang betul2 boleh memberi kerjasama yang baik.
InsyAllah,jika diberikan rezeki dgn job yg baru,aku tidak akan melupakan kawan2 yg lain

Untuk job yang ni,aku akan berazam untuk melakukn yang terbaik.
Ya lah..ini adalah punca rezeki tambah pula peluang ke-2 plak tu.
Aku kena mendisiplinkan diri untuk lebihkan usaha dan mengatur jadual dengan baik.
Hope dgn rezeki ini aku dpt membesarkan anak anak aku dan menjaga wife aku dgn baik.
"mama,alif,Adam...walaupun papa bz keluar kerja,itu tidak bermakna papa tidak mengingati kamu semua.sementara papa masih kuat dan muda,papa akan berusaha membahagiakan kamu semua.insyaAllah bila semuanya berjalan dgn lancar papa akan lebihkan masa untuk spend time dengan kamu semua"

Terima kasih kepada yang berkenaan dan tidak lupa,aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana rezekiNya yang diberikan kpd aku.

No comments:

Post a Comment