Saturday, September 24, 2011

uPdAtE sTaTuS rUmAh

Nak update tentang rumah sket.
now dah 80% siap. hanya tinggal finishing yang perlu dibuat.

ni dari bahagian car porch dan ini la hasilnya dr gambar sebelum ini

ni dari view tepi plak.
tempat letak kete di perbesarkan lagi.
hitung hitung boleh 4 bijik masuk nih.
huhuhuhu celah mana la dapat kete banyak banyak.

ni view dari kawasan dapur. ni jela kawasan tanah yang ada setelah aku merobek keluasannya.
hahahahhahaha..kira besar jgk la ni.
poning nak wat landskap plak pas ni.

dari arah yang sama close up ke tepi sket dan ini la hasilnya
tempat 2nd ruang tamu leh buat
yang jenis2 kaki isap rokok tu blh lepak kat luar
jangan mencemarkan suasana bahagian dalam rumah dgn asap2

ni la hall utama rumah ini nanti.
kaum2 hawa nnt yang nak bergosip blh lepak kat sini.takpun pegi lepak kat dapur
hahahahahha....

tempat aku diri snap gmbr ni adalah kawasan dining hall
ke kiri tu masuk dapur, kekanan pegi ke bilik air, guest room n maid room.
so, buat masa ni, ini jelah gambar yg sempat di update.
bahagian lain kita jumpa next entry k

chow chin chowww


Tuesday, September 13, 2011

Kembali bangkit dan lebih usaha..

Alhamdulillah minggu lepas dapat khabar baik iaitu "job baru"
Aku diberi peluang ke-2 oleh seseorang untuk menjalankan satu job.
Walaupun kali pertama kami gagal "perform", tetapi beliau masih mempercayai aku boleh melakukannya.
Kali ini aku telah mencari partner team yang aku yakin betul2 strong untuk menjalankan tugas ini.
Bukan sengaja untuk mengetepikan kawan2 yang lain,tetapi untuk peluang ke-2 yang telah diberikan kpd aku,ianya memerlukan team yang betul2 boleh memberi kerjasama yang baik.
InsyAllah,jika diberikan rezeki dgn job yg baru,aku tidak akan melupakan kawan2 yg lain

Untuk job yang ni,aku akan berazam untuk melakukn yang terbaik.
Ya lah..ini adalah punca rezeki tambah pula peluang ke-2 plak tu.
Aku kena mendisiplinkan diri untuk lebihkan usaha dan mengatur jadual dengan baik.
Hope dgn rezeki ini aku dpt membesarkan anak anak aku dan menjaga wife aku dgn baik.
"mama,alif,Adam...walaupun papa bz keluar kerja,itu tidak bermakna papa tidak mengingati kamu semua.sementara papa masih kuat dan muda,papa akan berusaha membahagiakan kamu semua.insyaAllah bila semuanya berjalan dgn lancar papa akan lebihkan masa untuk spend time dengan kamu semua"

Terima kasih kepada yang berkenaan dan tidak lupa,aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana rezekiNya yang diberikan kpd aku.

Sunday, September 4, 2011

AnAk AnaKku

Nak post gambar anak skit
dah besar dah alif n adik nih..



baru baru tido nampak sopan jer kan..tapi bila dah lama sket

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
cantik kan hehehehehe...



ni fesyen terbaru hirup sup dgn straw..

Mereka ni lah penyeri hidupku




MeRdEkA..mErDeKa..MeRdEkA...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
KEMERDEKAAN NEGARA KITA YANG KE 54

Kebetulan pada tahun ini umat islam beraya sambil dapat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54. Walaupun kita tidak merasa keperitan sewaktu negara malaysia hendak mencapai kemerdekaan seketika dulu, kita patut berasa bangga kerana kita mempunyai wira2 negara yang sanggup mempertahankan negara kita dari dijajah oleh ingeris dan komunis.

Tetapi pada abad ini, ada segelintir manusia yang dikatakan waras telah merosakkan nama baik negara kita dan ingin merosakkan kedaulatan negara kita. Sanggup mereka memburuk burukan nama malaysia dan menyatakan hero sebenar semasa peperangan di bukit kepong itu adalah komunis. Sedarlah wahai saudara dan saudari sekalian. Ini dikatakan mereka BUTA SEJARAH..KECIK2 TAK MAHU BELAJAR..DAH BESAR,NAK BUAT SEJARAH SENDIRI PULAK.

Jangan kerana ingin publisiti murahan dan ingin mengalih perhatian rakyat dari sesuatu isu itu sanggup nak meREKA cerita sebegini. BerTAUBATLAH..

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

Saturday, September 3, 2011

SeLaMaT HaRi RaYa AidiLFitRi

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua umat islam di Malaysia yang mengenali saya atau yang tidak mengenali saya (buat2 kenal jela eak) ngeh ngeh ngeh...

Pejam celik, pejam celik dah sebulan kita berpuasa dan syawal pun telah menjelma.
so, raya tahun ni kiteorg 1 family sambut dengan penuh sederhana sahaja memandangkan keadaan kerja aku tidak menentu. staff x cukup,jadi kena selalu pantau n turun back up di kedai.
InsyaAllah bila keadaan dah stabil,staff dah cukup,kepala tak pening, kami akan sambut raya di rumah baru tahun hadapan dengan kemeriahan yang lebih sikit berbanding tahun ini. InsyaAllah...

Now nak story sikit pasal raya pertama kami. tahun ni kami beraya di kelana jaya ajer.
woit..woit..jangan kutuk2 k. kelana jaya pun kampung jgk ye.
Pagi raya kami berkumpul di rumah mama. Seronok melihat 2 putera kami sedondon dengan kami laki bini.
(padahal alif dgn adam sedondon dgn papa dier je.mama dah lari tajuk dah baju dia.hahahaha)

Dirumah mama kami sekeluarga bermaaf maafan dan bersalam salaman.
Happy bila tgk family dah membesar dan berkumpul bersama sama.
Macam macam kerenah dah ragam boleh lihat.
Lepas bersalaman,bermaafan dan makan2, kami semua ke studio gambar dahulu untuk shoot gambar 1 family.
Al kisah di studio ni pun mcm2 ragam bdk2 kecik ni buat.
Ada yang berlari sana sini, cuit sana sini..Tapi paling best bila nak shoot gambar mcm2 ragam sampai kene upah gula2 baru boleh duduk diam.
Apa la rupenya bila tangkap gambar dan ada yang pegang lolipop..

Lepas tangkap gambar family besar,kami tangkap gambar family masing2 plak.
Time ni adam dah tak reti duduk diam dah sbb dah time tido dia dah.
Mcm mane la gambar kami 1 family nanti la kan.
Gambar papa,alif ngan adam tu dah cantik dah punya nanti, cuma mama je la merosakkan pemandangan
(bluwekkkk mama)

Selesai di studio,kami terus ke rumah atok di klang.
Time kat umah atok ni alif dgn adam duduk dlm kete je coz masing2 dah lena dah.
Kalau kejutkan nanti takut mengamuk je masing2.
So, mereka berdua tinggal dgn bibik je la dlm kete.
Lepas beraya dirumah atok, kami ke banting plak.
angah n alang x follow ke banting coz masing2 kene beraya ketempat lain. So, aku bawak mama n irin je.
On da way ke banting ni, mata aku dah betul2 berat gila coz tak tido b4 raya tu.
Ni sbb nak kena shut down kedai mlm raya ari tu ler. Sampai kul 6 pagi baru dpt settle tutup.
TApi xpela, dah kate keje sendiri. kalau keje gomen sure happy punyeee...

Sesampai nya kami dirumah atok uda, lepas makan je aku terus cari port untuk tido jap.
Kebetulan plak adam pun nak tdo, so alasan aku adalah untuk nak tidokan adam. hehehehhe good kan aku ni.
Adala dekat sejam lebih aku dapat tido pun jadila. dapat cover tuk drive balik plak.
Dekat2 kul 6 ptg kami semua gerak balik n sampai umah dkt2 kul 8.
Lepas mandi pekena rendang ayam yang wife aku masak. wooowwwww sedapppnyerrr
(kembangla tu..kembangla tu...)
Lepas mkn ingat nak tgk rancangan di tv tapi kuasa magnet dari katil telah menarikku ke sana.
Akhirnya aku masuk tido gak.
Kul 4 pagi tu kena bangun balik untuk pegi bukak kedai balik.
Bila kedai dah buka balik, susahler nak berjalan raya.
huhuhuhuhu..

So,Untuk entry EDISI RAYA cukup lah sampai sini aje.
dah 3 4 entry aku ni xde gambar. Mcm x besh je tgk bila xde gambarkan.
aku try next entry untuk masukkan gambar ye.